Abiu (Pouteria caimito) adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae yang berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia juga boleh dijumpai di Malaysia. Di Sabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984 sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi unruk dibangunkan.
Pokok abiu sederhana besar dengan ketinggian mencapai sehingga 10
meter. Daunnya tersusun secara berselang, berbentuk sama ada obovat
atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis
hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara
tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Buah yang
muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan
kadangkala mempunyai "puting" yang pendek sebelah bawah buah, tangkai
buah yang pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang
masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna
putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum,
sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan
berbentuk empat segi panjang.
Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakan
tampang. Jenis pembiakan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman
baji ataupun cantuman sisi. Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh
ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum. Biji benih abiu haruslah
disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik.
Anak pokok dibiak dari biji benih boleh ditanam ke ladang bila mencapai
umur 6-8 bulan selepas disemai. Pokok abiu yang dibiak secara tampang
akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun selepas ditanam di ladang
sementara itu pokok yang dibiak melalui biji benih hanya mulai berbuah
2-4 tahun selepas menanam.
Buah Abiu adalah sawo segar dari Australia, buah ini tidak berbentuk sawo tapi masih ada kerabat sawo-sawoan. Buah Abiu ini terdapat di iklim Tropis dan Subtropis, tumbuh subur di dataran rendah sampai dataran tinggi.
Buah Abiau terdapat banyak kandungan yang bermanfaat bagi tubuh, buah ini bayak mengandung Vitamin A, B3, dan Vitamin C, juga kaya akan sumber Kalori dan Serat.
Buah Abiu berkhasiat sebagai peringan batuk, bronchitis dan keluhan pernapasan atau paru-paru. Getahnya dapat digunakan sebagai obat cacingan, obat pencahar, dan menyembuhkan luka bengkak.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar